Thursday, 19 June 2014

KENALI KAMI
Penerbit atau admin blog ini terdiri daripada 3 orang. Kami merupakan pelajar Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM. Tujuan blog ini ditulis adalah sebagai salah satu tugasan kami dalam subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab I (TAMA). Kami ialah:

1)  A144994   MOHD NAZRY BIN ZULKIFLI


2)   A144997   ABDULLAH AZIZ BIN KASSIM


 3)   A145000   KAMAL FAEZI BIN MAHZIR



OBJEKTIF BLOG
1)  Mengukuhkan tahap penguasaan bahasa Arab dan kefahaman konsep terjemahan kepada admin dan para pembaca.
2)  Menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada para pembaca.
3)  Menyalurkan kaedah-kaedah yang dapat membantu dalam menguasai bidang terjemahan.
4)  Meningkatkan tahap kecekapan kepada admin dalam penulisan blog.
5)  Memurnikan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu di samping menarik minat para pembaca agar lebih mendalami bahasa ini.

*Sekian saja penulisan ini kerana hari ini markah akan dinilai oleh penyelia. Insyallah kami akan mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa.

posted by; KAMAL FAEZI...
APA ITU MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA?
Pada entri kali ini admin cuba menerangkan secara terpeinci apakah yang dimaksudkan dengan unsur budaya atau budaya yang mempunyai unsur-unsur tertentu.

Definisi Budaya:
Kamus dewan edisi ketiga; Budaya bermaksud:
  
Mudah kata, budaya ialah:
1)  Semua perkara yang bersangkut paut dengan kehidupan manusia.
2)  Meliputi cara berfikir, cara bertindak, cara membuat sesuatu, cara bercakap, cara berpakaian, makanan, tempat tinggal, adat resam dan sebagainya. 
3)  Budaya akan diwarisi oleh generasi seterusnya. Ia akan kekal lama dan sentiasa diingat. 

Jenis-jenis budaya:
1)
[BUDAYA (AZIZ ET.AL 1981: 46)]

2)
 
[BUDAYA (NEWMARK 1988: 95)]

1.  BUDAYA EKOLOGI
Budaya ini merangkumi ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi. Ilmu ekologi adalah berkaitan dengan cuaca, iklim dan suasana di sesuatu tempat. Contohnya, persekitaran di Malaysia dengan Tanah Arab atau Eropah amat berbeza dan memberi kesan kepada masyarakatnya.
i)   Malaysia

ii)  Tanah Arab

iii)  Eropah


 *Nampak kan?
Alam semulajadi memberi impak kepada budaya masyarakat di sesuatu tempat. Masyarakat di sesuatu tempat akan menjalani kehidupan yang berbeza-beza kerana unsur budaya ekologi yang tertentu.

2.  BUDAYA SOSIAL
Budaya ini berkait rapat dengan adat resam dan kepercayaan sesebuah masyarakat. Misalnya, orang Melayu menggunakan pulut kuning dalam adat atau majlis tertentu. Kalau di negara lain, masyarakatnya akan memanggil kuning apa ya? 
a)  Yellow rice?
b)  Rice with yellow colour?
c)  Nasi rempah yang berwarna kuning?
d)  What is that?
*Hanya orang Melayu ja tahu apa itu pulut kuning.



3.  BUDAYA IDEOLOGI
Budaya ini biasanya berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya, hal-hal ini lebih rumit diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.

[KAEDAH PENTERJEMAHAN]
> Budaya asal dikekalkan dalam teks terjemahan.
> Budaya asal disesuaikan dengan budaya sasaran.
> Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir.