Sunday, 15 June 2014

Jadual  الفَاعِل daripada isim  ضمير
الفعل الماض
makna
الفاعل
penggunaan
ضَرَبَ
Dia telah memukul
هُوَ
Seorang lelaki
ضَرَبَا
Mereka berdua  telah memukul
هُما
Dua orang lelaki
ضَرَبُوْا
Mereka telah memukul
هم
Ramai lelaki
ضَرَبَتْ
Dia telah memukul
هي
Seorang perempuan
ضَرَبَتَا
Mereka berdua  telah memukul
هما
Dua orang perempuan
ضَرَبْنَ
Mereka telah memukul
هنّ
Ramai orang perempuan
ضَرَبْتَ
Kamu telah memukul
أنتَ
Seorang lelaki
ضَرَبْتُمَا
Kamu telah memukul
أنتما
Dua orang lelai
ضَرَبْتُمْ
kamu telah memukul
أنتم
Ramai lelaki
ضَرَبْتِ
Kamu telah memukul
أنتِ
Seorang perempuan
ضَرَبْتُمَا
Kamu berdua telah memukul
أنتما
Dua orang perempuan
ضَرَبْتُنّ
Kamu telah memukul
أنتنّ
Ramai perempuan
ضَرَبْتُ
Saya telah memukul
أنا
Seorang lelaki atau perempuan
ضَرَبْنَا
Kami telah memukul
نحن
Ramai lelaki atau perempuan
PEPATAH BAHASA ARAB BESERTA MAKSUD DALAM BAHASA MELAYU

PENANDA WACANA BAHASA ARAB
Dalam setiap penulisan pasti kita akan menggunakan penanda wacana, tapi bagaimana pula kalau dalam bahasa Arab?

Jom kita belajar serba sedikit penanda wacana yang boleh digunakan dalam bahasa Arab.


1. Oleh kerana itu / Oleh yang demikian  -  مِنْ أَجْلِ ذَلِك
2. Walaupun demikian  -  مَهْمَا كَان
3. Dari aspek lain  -  وَمِنْ نَاحِيَةٍ أُخْرَى
4. Perlu dinyatakan bahawa  -  مِنَ الْجَدِيْرِ بِالذِّكْرِ أَن
5. Semestinya / Perlunya  -  لا بُدَّ مِن
6. Oleh itu  -  وَمِنْ ثَم
7. Selain itu  -  وَبِجَانِبِ ذَلِك
8. Walaupun  -  بِالرَّغْمِ مِن
9. Sebagai contoh  -  وَعَلَى سَبِيْلِ الْمِثَال
10. Sebagai tambahan  -  بِالإِضَافَةِ إِلَى ذَلِك
11. Tidak syak lagi  -  مِمَّا لا شَكَّ فِيه
12. Sebagai iktibar / Melihat kepada  -  نَظَرًا إِلَى



ALAT BANTU TERJEMAHAN (KAMUS)

JENIS-JENIS KAMUS
 
1) KAMUS EKABAHASA
*Menggunakan satu bahasa sahaja iaitu kata-kata entri dan penjelasannya daripada kata yang sama.
 


2) KAMUS DWIBAHASA
*Menggunakan 2 bahasa (kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain).


3) KAMUS ANEKA / MULTI BAHASA
*Menggunakan 3 bahasa atau lebih.
 

*Terdapat juga kamus-kamus istimewa / khusus bagi sesuatu bidang. Antaranya;
1) Kamus Istilah.
 Entrinya adalah terdiri daripada istilah khusus bagi bidang tertentu.

2) KAMUS ETIMOLOGI
  *Menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.

3) KAMUS TERSAURUS
*Menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata seerti sahaja.
*Bertujuan untuk membantu pengguna mempelbagaikan penggunaan diksi.
 

4) KAMUS PERIBAHASA / BIDALAN / PEPATAH / SIMPULAN BAHASA
* Menerangkan maksud sesuatu peribahasa atau simpulan bahasa. Selain digunakan sebagai rujukan, kamus ini sesuai dibaca untuk tujuan keseronokan.
 

 
KEPENTINGAN / FUNGSI KAMUS
*Kamus amat diperlukan oleh semua penterjemah kerana ia merupakan alat bantu yang paling berguna ketika penterjemah tidak mengetahui padanan terjemah yang sesuai untuk satu-satu perkataan teks sumber.


MARI MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA
Sangat mudah jika kita tahu cara nak menterjemah. Nak terjemah bahasa Arab ke bahasa Melayu tak semestinya kena 'power' makna atau vocabulary, namun teknik penterjemahan juga amat ditekankan. Nak tahu macam mana? Nanti kami ajarkan.. 
1)  Frasa
Perkataan frasa dalam bahasa Arab dipanggil al-`ibarah / al-tarkib.
Jenis dan Contoh frasa:
1.   Tarkib Wasfi (Sifah wa Mawsuf)
 Frasa bagi menyatakan sifat tidak menyebabkan banyak perubahan pada struktur ayat. Hanya perlu ditambah beberapa perkataan mengikut kesesuaian ayat. Kadang-kadang tidak perlu ditambah kerana ayat bahasa sumber sesuai dengan ayat bahasa sasaran.
Contoh:
a)  ditambah perkataan 'yang' > rumah 'yang' besar - البيت الكبير
b)  ditambah perkataan 'dan/lagi' sekiranya ada lebih daripada 2 sifat>
      Allah yang Maha mendengar 'lagi' maha mengetahui - الله سميع عليم  
c)  Perkataan 'dan' / 'lagi' tidak perlu ditambah sekiranya kata benda dan kata sifat yang pertama tidak ada kaitan sebagai benda yang disifatkan dengan sifat tertentu. cukup sekadar ada perkataan 'yang'>
     Masyarakat Islam 'yang' adil - المجتمعات الإسلامية العادلة
 2.  Tarkib Idafi (Mudaf wa Mudaf Ilayh)
Frasa ini hanya perlu diterjemahkan satu persatu dan tidak perlu diubah struktur ayat.
Contoh: Penggunaan perkataan - استعمال الكلمة
 3.  `Ataf dan Ma`tuf `Alayh
Frasa ini terdiri daripada 2 ayat atau lebih dan dihubungkan dengan kata hubung. Hanya perlu menambahkan perkataan 'dan/atau/lagi' dan sebagainya.
contoh: Aziz atau Nazry telah tidur didalam kelas - نام عزيز أو نظري في الفصل 
sekiranya lebih daripada 2 kata hubung yang sama digunakan dalam satu ayat, maka hanya satu saja (kata hubung yang terakhir) akan diterjemahkan manakala satu lagi digantikan dengan 'koma'.
contoh: Aziz, Nazry dan Kamal merupakan pelajar yang pintar - عزيز ونظري وكمال هو الطلاب الذكية 

2) Peribahasa Arab
Dalam buku al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy telah menjelaskan bahawa al-mathal ialah kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu. 
Peribahasa Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu;
1.  Al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas)
2.  Al-Mathal al-qiyasiy (cerita atau kisah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara).
3.   Al-Mathal al-khurafiy (peribahasa yang dibina oleh orang Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka). 
3) Peribahasa Melayu 
Terdiri daripada 4 jenis, iaitu;
1.  Perumpamaan
2.  Bidalan
3.  Pepatah
4.  Simpulan Bahasa  

Saturday, 14 June 2014

KRITERIA PENTERJEMAH

Syarat Utama:
- Mengetahui bahasa sumber
- Mengetahui bahasa sasaran
- Mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan
- Mengetahui teori terjemahan
- Mengetahui sasaran/khalayak pembaca

1)  Mengetahui Bahasa Sumber:
- tahu dengan Mendalam suatu bahasa
- Selok-belok keganjilan & keistimewaan bsumber.
- Membezakan makna
- Mentafsirkan maksudnya dengan tepat

2)  Mengetahui Bahasa Sasaran:
- Bahasa penerima
- Lebih baik drp bahasa sumber
- Sama baik dengan bahasa sumber

3)  Mengetahui Bidang / Subjek:
- Menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.
- Penting dalam penterjemahan teks-teks khusus.
- Penting dalam penterjemahan teks-teks sastera.

4)  Mengetahui Teori Terjemahan:
- Ada teori & kaedah ilmiahnya sendiri.
- Bukan pindahkan perkataan sahaja, tetapi  memindahkan idea, maklumat dan gaya.
- perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.

5)  Mengetahui Sasaran Pembaca:
-terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran.
-Laras bahasa perlu dijaga.
Cth: Kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.

  Syarat Tambahan:
- Mempunyai fikiran yang terbuka
- Ingatan yang baik
- Minat yang mendalam
- Boleh bekerja sendiri
- Tidak malu bertanya
- Jujur dan amanah


Syarat Lain:

1)  PENGALAMAN:
- Aset yang bernilai
- Tidak datang bergolek
- Diperoleh daripada ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan.
- Boleh manfaatkan pengalaman orang lain, perlu mencari pengalaman sendiri.
- Perlu membuka langkah mencari arah tujuannya sendiri,
- perlu tahu bilakah pengetahuannya sudah mencukupi,
- bila dia perlu mandapat nasihat dan pandangan orang lain,
- bila dia perlu mendapat sokongan pakar,
- bila dia perlu menyerah kalah.

2)  FAKTOR  YANG MEMPENGARUHI PENTERJEMAH:
- Pengaruh sifat peribadi penterjemah ke atas dirinya sendiri. Perasaan, prasangka, nilai, selera & sikap tertentu. Penterjemah terbelenggu oleh pandangan yang subjektif terhadap pengarang & teks yang sedang diterjemahkan.

3)  MASALAH PERIBADI
- Tidak  objektif terhadap  maklumat dalam teks asal. Tidak memahami ciri-ciri alamiah bahasa. Anggapan yang salah berkenaan tugas-tugas penterjemah dan matlamat terjemahan. Terlalu yakin kepada bahasa sendiri. Keinginan untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa. Tidak memahami proses komunikai bahasa.

KESIMPULAN:
Tugas menterjemah bukanlah tugas yang mudah. Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.
Santai berbahasa Arab bersama Upin & Ipin
 
Terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu ke Bahasa Arab tidak hanya melibatkan petikan atau teks semata-mata, tetapi melibatkan semua sumber yang mempunyai penggunaan bahasa yang baik. Hal ini amat penting bagi mempelbagaikan bahan penterjemahan. Sebagai contoh, terjemahan kartun Upin-Ipin ini ke Bahasa Arab dapat membuktikan hasil penterjemahan yang baik. Di samping itu, sumber-sumber animasi ini amat digalakkan penterjemahannya kerana dapat menarik ramai orang supaya mengenali Bahasa Arab dengan lebih mendalam. Animasi kanak-kanak yang diterjemahkan ke Bahasa Arab diharapkan dapat menarik minat kanak-kanak untuk suka akan bahasa ini. Insyaallah...  
 
 
Antara perkataan yang amat popular dalam kalangan kanak-kanak ialah perkataan 'ayam goreng' yang selalu disebut oleh Ipin. Dalam bahasa arab disebut 'دجاج مقلي'.
Terdapat juga bahasa perbualan harian mudah yang boleh dipelajari dalam petikan ini seperti:
1.  minta maaf - آسيف 
2.  opah - جدّتي
3.  no problem - ما في المشكلة
4.  tidak boleh - ما ممكن
 
Perkataan-perkataan seperti ini amat membantu dalam penguasaan bahasa kerana mudah dan menarik.