Menterjemah Fungsi Ayat
Terdapat 2 bentuk teori ayat iaitu : Bentuk & Fungsi
Contoh Ayat : Boleh kamu belikan makanan untuk saya?
Bentuk : Pertanyaan
Fungsi : Suruhan
Contoh Ayat : Bilakah kamu akan datang kerumah saya?
Bentuk : Pertanyaan
Fungsi : Pelawaan
Fungsi ayat itu sendiri ditentukan oleh makna ayat.
Dari aspek makna ayat pula ada tiga :
1) Ayat Maklumat (informatif)
2) Ayat Perasaan (emotif)
3) Ayat Arahan (imperatif)
1) Ayat maklumat paling mudah untuk difahami & diterjemah.
# Fungsinya sebagai pengantar maklumat untuk memberitahu sesuatu.
# Ayat maklumat terdiri : Ayat Perisytiharaan (pemberitahuan/makluman)
: Ayat Pertanyaan
: Ayat Takrifan (definisi/penjelasan/penerangan)
: Ayat Tegasan
: Ayat Persetujuan (keizinan/sokongan)
: Ayat Nafi (bantahan)
: Ayat Sangsi (keraguan/prasangka)
: Ayat Pertanyaan
: Ayat Penilaian (pendapat/cita-cita)
2) Ayat perasaan paling sukar difahami untuk & diterjemah.
# Ayat perasaan terdiri : Ayat marah,
Ayat gembira,
Ayat sanjungan,
Ayat sindiran,
Ayat pujukan,
Ayat sesalan
# Reaksi perasaan akan timbul apabila maklumat disampaikan dan bagaimana cara/kaedah yang disampaikan.
3) Ayat arahan bermaksud ayat suruhan atau perintah mengikut kesesuaian struktur ayat yang disampikan.
# Ayat arahan terdiri : Ayat pelawaan,
Ayat gesaan,
Ayat larangan,
Ayat panduan,
Ayat suruhan
# Terdapat dalam pelbagai jenis dokumen (dokumen undang-undang, label pada barang dan ubatan, serta pada buku resipi masakan).
No comments:
Post a Comment