MARI MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA
Sangat mudah jika kita tahu cara nak menterjemah. Nak terjemah bahasa Arab ke bahasa Melayu tak semestinya kena 'power' makna atau vocabulary, namun teknik penterjemahan juga amat ditekankan. Nak tahu macam mana? Nanti kami ajarkan..
1) Frasa
Perkataan frasa dalam bahasa Arab dipanggil al-`ibarah /
al-tarkib.
Jenis dan Contoh frasa:
1. Tarkib Wasfi (Sifah wa Mawsuf)
Frasa bagi menyatakan sifat tidak menyebabkan banyak perubahan pada struktur ayat. Hanya perlu ditambah beberapa perkataan mengikut kesesuaian ayat. Kadang-kadang tidak perlu ditambah kerana ayat bahasa sumber sesuai dengan ayat bahasa sasaran.
Contoh:
a) ditambah perkataan 'yang' > rumah 'yang' besar - البيت
الكبير
b) ditambah perkataan 'dan/lagi' sekiranya ada lebih daripada 2 sifat>
Allah yang Maha mendengar 'lagi' maha mengetahui - الله سميع عليم
c) Perkataan 'dan' / 'lagi' tidak perlu ditambah sekiranya kata benda
dan kata sifat yang pertama tidak ada kaitan sebagai benda yang disifatkan dengan sifat tertentu. cukup sekadar ada perkataan 'yang'>
Masyarakat Islam 'yang' adil - المجتمعات الإسلامية العادلة
2. Tarkib Idafi (Mudaf
wa Mudaf Ilayh)
Frasa ini hanya perlu diterjemahkan satu persatu dan tidak perlu diubah struktur ayat.
Contoh: Penggunaan perkataan - استعمال
الكلمة
3. `Ataf dan Ma`tuf `Alayh
Frasa ini terdiri daripada 2 ayat atau lebih dan dihubungkan dengan kata hubung. Hanya perlu menambahkan perkataan 'dan/atau/lagi' dan sebagainya.
contoh: Aziz atau Nazry telah tidur didalam kelas - نام عزيز أو نظري في الفصل
sekiranya lebih daripada 2 kata hubung yang sama digunakan dalam satu ayat, maka hanya satu saja (kata hubung yang terakhir) akan diterjemahkan manakala satu lagi digantikan dengan 'koma'.
contoh: Aziz, Nazry dan Kamal merupakan pelajar yang pintar - عزيز ونظري وكمال هو الطلاب الذكية
2) Peribahasa Arab
Dalam buku al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy telah
menjelaskan bahawa al-mathal ialah kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan
semasa menyerupai keadaan dahulu.
Peribahasa Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu;
1. Al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas)
2. Al-Mathal al-qiyasiy (cerita atau kisah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara,
atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara).
3. Al-Mathal
al-khurafiy (peribahasa yang dibina oleh orang
Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita
khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka).
3) Peribahasa Melayu
Terdiri daripada 4 jenis, iaitu;
1. Perumpamaan
2. Bidalan
3. Pepatah
4. Simpulan Bahasa
No comments:
Post a Comment